Ketibaan Islam di Baluchistan Sejarah_Balochistan

Di wilayah Baluchistan, Pakistan sekarang, pada kurun ke-7 dibahagikan kepada 2 kawasan utama, bahagian Barat Daya adalah wilayah Kermān yang merupakan sebahagian daripada Empayar Parsi manakala bahagian Timur Laut pula merupakan sebahagian wilayah Parsi, Sistan. Kawasan selatan adalah termasuk dalam Makran. Pada awal 644, Khalifah Umar telah menghantar Suhail ibn Adi dari Busra untuk menakluk wilayah Kerman, Iran; dan beliau kemudian menjadi gabenor Kerman. Dari Kerman, beliau menuju ke barat Baluchistan dan menawan kawasan berdekatan barisan hadapan Parsi.[2] bahagian barat daya Baluchistan telah ditawan semasa kempen Sistan pada tahun yang sama.

Semasa pemerintahan Khalifah Uthman pada 652, Baluchistan telah ditawan semula dalam kempen menentang pemberontakan di Kerman, di bawah arahan Majasha ibn Masood, ia merupakan kali pertama barat Baluchistan telah diperintah secara terus di bawah undang-undang khalifah dan memberi ufti dalam bentuk hasil pertanian.[3]Pada masa itu, barat Baluchistan adalah di bawah kekuasaan Kerman. Pada 654, Abdulrehman ibn Samrah menjadi gabenor Sistan, di bawah arahan beliau tentera Islam untuk menghapuskan pemberontakan di Zarang, yang mana sekarang terletak di selatan Afghanistan. Setelah menawan Zarang, satu pasukan ini bergerak ke utara bagi menakluk kawasan sehingga ke Kabul dan Ghazni di pergunungan Hindu Kush, sementara satu pasukan tentera yang lain bergerak ke arah barat laut Baluchistan dan berjaya menawan kawasan sehingga ke kota purba Dawar dan Qandabil (Bolan),[4] sehingga tahun 654, seluruh (kini merupakan wilayah Baluchistan di Pakistan) telah berada di bawah pemerintahan Khalifah Rashidun kecuali bandar gunung, QaiQan (kini Kalat) yang mempunyai pertahanan yang kukuh, yang mana telah ditakluk semasa pemerintahan Khalifah Ali. [5] Abdulrehman ibn Samrah menjadikan Zaranj sebagai ibu kota wilayahnya dan kekal menjadi gabenor di sini dari 654 hingga 656, sehinggalah Khalifah Uthman dibunuh.

Semasa pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib, kawasan-kawasan Baluchistan, Makran sekali lagi memberontak. Oleh kerana perang saudara berlaku di dalam empayar Islam. Khalifah Ali tidak dapat menangani kawasan ini sehingga tahun 660 apabila baginda menghantar satu pasukan tentera di bawah arahan Haris ibn Marah Abdi ke arah Makran, Baluchistan dan Sind. Haris ibn Marah Abdi tiba di Makran dan telah berjaya menawannya dengan ketenteraan. Angkatan tentera ini kemudian bergerak ke arah utara iaitu ke arah timur laut Baluchistan dan menawan kembali Qandabil (Bolan). Selepas itu begerak ke arah selatan dan akhirnya menawan Qaiqan (Kalat) selepas berlaku pertempuran sengit[6]. Pada 663, semasa pemerintahan Khalifah Umayyad Muawiyah I, empayar Islam telah kehilangan kawalan ke atas bahagian timur laut Baluchistan dan Kalat apabila Haris ibn Marah dan sejumlah besar tentera terkorban dalam peperangan menentang pemberontakan di Kalat.[7] Tentera Islam kemudian menguasai kembali kawalan di kawasan ini semasa pemerintahan Umayyad. Ia kekal sebahagian daripada empayar Khalifah Abbasiyah.